KUALA LUMPUR 18 Sept. – Pemergian pemimpin lama yang sudah berkhidmat selama 40 tahun dalam parti keramat ini sudah pastinya akan memberikan motivasi tidak baik kepada ahli-ahli di bawah kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Katanya, Puteri UMNO kecewa dan terkejut dengan keputusan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar daripada UMNO.
Di saat UMNO diuji dengan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, pihaknya mengharapkan agar pemimpin-pemimpin lama terus bersama dalam perjuangan.
“Pemergian pemimpin lama yang sudah berkhidmat selama 40 tahun dalam parti keramat ini sudah pastinya akan memberikan motivasi tidak baik kepada ahli-ahli di bawah.
“Apa pun, kita hormatilah keputusan yang beliau telah lakukan, mungkin ada hikmah di sebalik dugaan ini,” katanya dalam laman Facebook miliknya, malam ini. – UTUSAN ONLINE











