Pasangan suami isteri maut kemalangan selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Pasangan suami isteri maut kemalangan selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR – Pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di sini selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kok Mak di sini kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Suasana sedih menyelubungi lebih 100 orang yang hadir termasuk keluarga mangsa iaitu Mohd. Hafiz Johari dan Siti Asmah Abdul Khalid yang sarat mengandung sembilan bulan serta dijangka melahirkan zuriat kedua hari ini.

Kedua-dua mangsa meninggalkan anak perempuan sulung mereka iaitu Alya Huwaynaa Mohd. Hafiz yang berusia empat tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Alya Huwaynaa tidak berada di tanah perkuburan kerana mengalami kecederaan di bahagian kaki.

vv
Alya Huwaynaa berusia empat tahun selamat dalam kemalangan maut membabitkan dua kenderaan di Padang Besar, Perlis.  

Dalam kejadian pada pukul 9.30 malam semalam di Kilometer 17 Jalan Kangar-Padang Besar di sini, kenderaan yang dipandu oleh seorang lagi mangsa iaitu Muhammad Amirul Naim Aziz yang memandu kereta Perodua Viva bertembung dengan kenderaan Nissan Murano yang dipandu Allahyarham Mohd. Hafiz.

Impak pelanggaran itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa maut di lokasi kejadian.

Isteri Muhammad Amirul iaitu Ku Noor Shakila Ku Sharudin kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dekat sini sementara dua anak perempuan mereka, Mia Iris Safiya, 2, dan Maya Iris Safiya mengalami kecederaan ringan.

Dalam perkembangan berkaitan setakat pukul 8 malam tadi, sebanyak 139 kediaman mengalami kerosakan ekoran hujan dan angin ribut yang melanda seluruh Perlis pada malam semalam.

Sebanyak 203 kes pokok tumbang turut dilaporkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini