Baiki kelemahan edar borang rumah PPR kepada orang ramai - Utusan Malaysia

Baiki kelemahan edar borang rumah PPR kepada orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTATAN – Majlis Daerah Putatan (MDPTN) diminta memastikan proses pengedaran borang permohonan Projek Perumahan Rakyat (PPR) diaturkan dengan baik bagi mengelakan perkara yang tidak diingini berlaku.

Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Uda Sulai berkata, jika terdapat sebarang kelemahan atau kesilapan perkara itu perlu diatasi segera bagi memastikan proses itu berjalan dengan lancar.

“Kita berharap kelemahan pengurusan ini diatasi segera dalam memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini mengulas insiden 6,000 penduduk hadir untuk mendapatkan borang (PPR) Putatan di Dewan Sri Putatan yang berasak-asak hingga menimbulkan sedikit kekecohan dan ada pintu kaca di dewan tersebut yang pecah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, situasi itu dapat selesaikan dengan baik atas kecekapan pihak polis.

Uda merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran sesi pengambilan borang tersebut yang bermula jam 8 pagi tadi.

Untuk rekod, borang permohonan bagi 500 unit PPR Putatan yang bernilai RM5 sekeping itu dikelolakan sepenuhnya pihak MDPTN. – Bernama 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini