KUALA LUMPUR 16 Sept. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menganggap kerusi Parlimen Port Dickson sebagai satu laluan mudah untuk beliau kembali menjadi ahli Parlimen.
Anwar berkata, beliau tetap perlu turun berkempen untuk memberi penjelasan serta penerangan kepada rakyat bagi memastikan sokongan berpihak kepadanya.
“Dalam politik saya tidak ambil mudah setiap perkara termasuk bertanding kerusi Parlimen Port Dickson.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Saya perlu beri penjelasan kepada pengundi di sana kenapa saya bertanding kerana tidak semua 100 peratus rakyat menyokong kita,” katanya ketika ditemui selepas sesi soal jawab program ‘Meet Anwar’ anjuran Anwar Ibrahim Club di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











