Roti canai janda laris - Utusan Malaysia

Roti canai janda laris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 16 Sept – Tindakan nekad seorang ibu tunggal, Rosmaria Rosdi,33, menggelarkan roti canai buatannya sebagai ‘roti canai janda’ membuahkan hasil.

Gelaran itu membuatkan gerainya yang terletak berhampiran pasar raya PKT Tendong di sini diserbu orang ramai untuk menikmati keenakan rasa roti canai janda.

Rosmaria yang juga ibu tunggal kepada tiga cahaya mata berkata, idea untuk menggunakan nama ‘roti canai janda’ itu dicadangkan oleh rakannya Zarilah Mat Zin, 46, kerana statusnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak kisah dengan pandangan masyarakat tentang gelaran roti canai janda.

“Kerana hasrat saya ialah mahu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak yang masih lagi kecil,” katanya di sini hari ini.

 Rosmaria memberitahu, dia mula berniaga roti canai sejak tahun 2000 dengan mempelajari selok-belok pembuatan dan menebar daripada bapanya.

Katanya, perniagaan roti canai sudah menjadi darah dagingnya bagi menyara keluarga dan membesarkan tiga anaknya.  -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×