JOHOR BAHRU – Seorang tukang cuci ditahan polis kerana dipercayai melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap anak saudaranya yang di bawah umur di sebuah hotel di Taman Tunku Aminah, di sini kelmarin.
Perbuatan suspek berusia 48 tahun itu terbongkar apabila seorang pekerja hotel bajet tersebut bertindak menghubungi pihak polis sebaik mencurigai perbuatannya pada pukul 9.15 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, sebaik tiba di lokasi tersebut, pihak polis bertindak mengetuk bilik yang diinap mereka dan menunggu lebih kurang lima minit sebelum dibuka oleh suspek.
“Setelah pintu dibuka, didapati seorang lelaki bersama seorang budak perempuan berusia 10 tahun berada dalam bilik berkenaan dalam keadaan separuh bogel manakala lelaki itu hanya memakai tuala tanpa baju.











