KUALA LUMPUR – Sepuluh lelaki yang merancang menyertai kumpulan pengganas di Timur Tengah dan melancarkan serangan di tempat maksiat di Melaka dan Pulau Pinang ditahan dalam beberapa serbuan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman baru-baru ini.
Serbuan di Selangor, Pahang, Johor, Terengganu, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang sejak 11 hingga 31 Ogos itu turut membongkar kewujudan kumpulan Asoib atau dikenali sebagai ‘Pemuda dari Timur’.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kumpulan Asoib ini telah memberi tafsiran salah terhadap hadis bahawa Imam Mahdi akan muncul di Mekah pada tahun ini dan sedia bergabung dengan ‘Tentera Imam Mahdi’ untuk menyerang negara-negara sekular dan menentang Dajjal.











