Nafi kanak-kanak diculik di kem PGA - Utusan Malaysia

Nafi kanak-kanak diculik di kem PGA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG 14 Sept. – Polis menafikan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun diculik di Kem Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam di sini seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, penularan berita kehilangan kanak-kanak itu pada Selasa lalu mengatakan suspek memandu kereta berwarna hitam dan menasihatkan ibu bapa agar memantau anak-anak mereka.

“Hasil siasatan pihak polis, kira-kira pukul 8.36 malam pada Selasa lalu, seorang anggota daripada Cawangan Pengangkutan kem berkenaan telah membuat satu laporan polis menafikan anaknya diculik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengadu tidak tahu siapa yang menyebarkan berita berkenaan dan bertindak membuat laporan kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Abdul Razak berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai penularan khabar angin atau berita palsu tersebut dan tindakan di bawah Seksyen 233(3) Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) 1998 boleh diambil kepada sesiapa sahaja yang membuat atau menyebarkan berita palsu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini