Kumutha dipilih Wanita Cekal Pas - Utusan Malaysia

Kumutha dipilih Wanita Cekal Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 14 Sept. – Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), R.Kumutha, 39, menerima penghargaan sebagai Wanita Cekal Pas dalam Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Penghargaan itu diberikan atas sumbangan dan jasa anak jati Johor Bharu ini yang sentiasa komited dalam perjuangan bersama Pas sejak tahun 2008 lagi walaupun terpaksa berperanan dalam keadaan sukar.

Kumutha berkata, dasar Islam yang jelas berdasarkan Al-Quran dan Sunnah menjadi titik tolak yang mengikatnya untuk terus istiqamah dengan parti itu hingga kini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya terkejut kerana tidak sangka dipilih menerima anugerah ini. Saya menyertai DHPP sekembalinya daripada tamat belajar di United Kingdom.

“Saya tertarik dengan Pas selepas melihat kehidupan bukan Islam yang aman damai tanpa diskriminasi di bawah pentadbiran parti ini di Kelantan yang terajui Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya kepada pemberita.

Kumutha yang juga merupakan Ketua DHPP Johor merupakan calon bukan Melayu yang bertanding menggunakan tiket Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Selain itu, dia turut pernah menjadi calon dalam dua PRU lain iaitu pada 2008 dan 2013.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini