Paint Your Mural lakar semangat pelajar - Utusan Malaysia

Paint Your Mural lakar semangat pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 6 Sept. – Petronas meneruskan komitmennya dalam menyokong perjalanan Sekolah Amanah di negeri ini dengan penganjuran program ‘Paint Your Mural’ yang melibatkan 10 buah sekolah di bawah tajaannya.

Terbaharu, program melukis dan mengecat mural bangunan sekolah bertemakan pemimpin masa depan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal di sini semalam yang melibatkan penyertaan para pelajarnya dan guru bersama dengan petugas Galeri Petronas.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, penajaan Sekolah Amanah adalah salah satu daripada komitmen berterusan Petronas di dalam menyokong Dasar Pendidikan Negara. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program ini bukan sahaja bertujuan untuk menerapkan kecintaan terhadap seni, bahkan juga mengasah kreativiti dalam kalangan pelajar ke arah pembentukan pemimpin masa hadapan,” kata Wan Mohd Hasnan di sini hari ini. 

Selain daripada melukis mural, pelajar-pelajar juga turut berpeluang menonjolkan bakat mereka dalam melukis dan mewarna beg ‘tote’. 

Di dalam usaha menyuntik semangat dan motivasi pelajar, turut dianjurkan sesi perkongsian kerjaya yang dikendalikan oleh sukarelawan-sukarelawan kakitangan Petronas yang berpengalaman di dalam pelbagai aktiviti industri minyak dan gas.  

Program Sekolah Amanah yang diterajui oleh Yayasan AMIR, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bermatlamatkan memacu transformasi pendidikan mampan yang berfokuskan kepada  kecemerlangan murid yang menyeluruh menerusi kerjasama strategik sektor awam dan swasta. 

SMK Kijal merupakan salah sebuah daripada lima buah sekolah yang ditaja oleh Petronas di daerah ini selain  Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Anak Dara, SK Ibok, SK Kijal dan SK Kalong di samping lima buah sekolah di daerah Marang iaitu SMK Wakaf Tapai, SMK Pengkalan Berangan, SK Wakaf Tapai, SK Pengkalan Berangan dan SK Jerong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini