1.4 bilion manusia bakal mati awal - Utusan Malaysia

1.4 bilion manusia bakal mati awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Lebih 1.4 bilion manusia berada dalam keadaan bahaya untuk mendapat penyakit maut disebabkan mereka kurang bersenam, lapor satu kajian yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menerusi kajian itu, WHO turut mendedahkan bahawa tahap bersenam secara global tidak berubah selama hampir dua dekad lalu.

Kajian WHO itu mendapati satu pertiga wanita dan satu perempat lelaki di seluruh dunia mengundang penyakit maut se­perti sakit jantung, diabetes dan kanser melainkan mereka meningkatkan aktiviti fizikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kurangnya aktiviti fizikal menjadi risiko utama mereka menghidap penyakit tidak berjangkit yang bahaya itu,” kata kajian WHO berhubung tahap senaman global.

Hasil kajian itu disiarkan dalam jurnal The Lancet Global Health semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini