DEB gagal kerana ramai nak cepat kaya - Utusan Malaysia

DEB gagal kerana ramai nak cepat kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Dasar Ekonomi Baharu (DEB) tidak berjaya mencapai matlamatnya kerana sikap segelintir bumiputera yang tidak jujur selepas dibantu kerajaan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ketika pelaksanaan DEB kerajaan memberikan bantuan dengan mengurniakan kontrak serta lesen import (AP) kepada usahawan bumiputera namun ramai yang menjual kontrak serta AP tersebut untuk mendapatkan kekayaan segera.

Kata beliau, hal ini menyebabkan usahawan bumiputera gagal untuk mengekalkan kekayaan sebaliknya peluang tersebut direbut oleh orang lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita wujudkan cara dengan beri AP supaya mereka boleh import kereta terpakai yang sudah diperbaiki. Ini bukan perniagaan yang buruk, tetapi seperti yang kita tahu, ramai yang menjual AP. Mereka menjadi pedagang AP, ini yang berlaku.

“Kita telah berusaha sedaya upaya untuk memberi peluang yang banyak kepada bumiputera tetapi kita dapati bahawa tabiat nak dapat kekayaan cepat menyebabkan mereka tidak berjaya,” katanya ketika memberikan ucapan perasmian Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini