KUALA LUMPUR 30 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut ulangtahun kemerdekaan negara ke-61 bersama pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifiqiyah.
Majlis bermula dengan solat Maghrib, bacaan Yasin, tahlil, solat hajat dan solat Isyak bersama-sama pelajar tahfiz tersebut.
“Alhamdulillah dapat menyertai majlis tahlil dan solat hajat sempena ulangtahun Kemerdekaan Ke-61 negara bersama pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifiqiyah malam ini,” kata Najib dalam satu hantaran di Facebook.
Berita berkaitan:
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat mencatatkan tragedi apabila 21 pelajar berusia enam hingga 16 tahun dan dua warden berumur 20-an terkorban dalam satu kebakaran pada 14 September 2017.
Pusat tersebut kemudian dibaiki dan dibangunkan semula.-UTUSAN ONLINE











