BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 30 OGOS 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 30 OGOS 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG sememangnya menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) bagi menambah baik sistem dan menangani isu-isu berbangkit dalam pilihan raya. Semalam Pengerusinya, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman mengumumkan mengenai 15 agenda yang sedang diteliti bagi tujuan itu dalam mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan.

Keupayaan ERC lebih-lebih lagi diketuai oleh Ab. Rashid, bagi Awang tidak sepatutnya dipertikaikan lagi. Beliau berpengalaman luas dalam selok belok pilihan raya setelah berkhid­mat lebih 25 tahun di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebagai Setiausaha dan Pengerusi.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, SPR sendiri membuktikan bahawa badan itu dapat mengendalikan pilihan raya dengan adil dan lancar dengan kemenangan kepada Pakatan Harapan walaupun sebelum ini dihujani dengan pelbagai kritikan terutama­nya parti pembangkang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dan kini ERC boleh menentukan sama ada SPR perlu dirombak atau diganti organisasi lain. Pun begitu, apa yang penting, pilihan raya selepas ini dapat dikendalikan oleh badan yang dipercayai dan disokong oleh semua pihak, parti pemerintah dan parti pembangkang.

Diharapkan ERC yang dianggotai oleh 15 individu itu dapat mencari jalan keluar terhadap pelbagai masalah yang timbul selama ini. Sasaran ERC, penambahbaikan itu disiapkan dalam tempoh dua tahun dan bersedia diguna pakai semasa PRU-15.

AWANG – Pernah wawancara Rashid di TV1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini