Bazar ramadan Lorong TAR, Jalan Masjid India dipindah ke Jalan Raja - Utusan Malaysia

Bazar ramadan Lorong TAR, Jalan Masjid India dipindah ke Jalan Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Bazar ramadan Lorong Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya akan ditempatkan ke lokasi baharu iaitu di Jalan Raja hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, lokasi bazar ramadan itu bermula dari lampu isyarat persimpangan Jalan Gereja sehingga lampu isyarat persimpangan Leboh Pasar Besar yang merangkumi sepanjang 0.2 kilometer dan selebar 12 meter.

“Jalan Raja tidak akan ditutup dan kenderaan awam masih boleh melaluinya sepanjang bazar beroperasi.Bagi kawalan keselamatan anggota penguat kuasa dan polis juga akan ditempatkan di lokasi selain beberapa kemudahan seperti tandas bergerak turut disediakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapunn, bazar ini hanya melibatkan perniagaan pakaian, perhiasan, aksesori diri dan makanan kering berbungkus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini