Raja Puan Muda Perlis hadir kempen sifar keciciran - Utusan Malaysia

Raja Puan Muda Perlis hadir kempen sifar keciciran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 18 Mac – Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan kempen ‘Sifar Keciciran Sekolah Peringkat SMK Syed Alwi, SK Datuk Wan Ahmad dan SK Jalan Raja Syed Alwi’ yang diadakan di Masjid Ar Rahim, Titi Tok Bandar, di sini.


Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Izmi Ismail dan Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Keurusetiaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Halina Abd. Wahid.


Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof.


Memuatkan artikel berkaitan…

Seramai 250 orang pelajar dalam kalangan keluarga asnaf terpilih yang dikenal pasti oleh sekolah-sekolah terlibat hadir ke program berkenaan yang masuk kali ke-19 dilaksanakan pada tahun ini anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini