Pencemaran: 9 suspek ditahan bantu siasatan - Utusan Malaysia

Pencemaran: 9 suspek ditahan bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seramai sembilan suspek lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat dalam kes pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, daripada jumlah tangkapan terbabit seramai dua suspek ditahan di negeri ini manakala tujuh lagi suspek ditahan di luar negeri ini.

“Operasi untuk mengesan suspek yang bertanggungjawab dalam kes ini telahpun dijalankan semalam. Setakat ini, sebahagian suspek telahpun direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 23 Mac ini bagi membantu siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Permohonan reman bagi sebahagian lagi suspek akan dibuat pada hari ini bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 278, 289 dan 326 Kanun Keseksaan,” katanya 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai perincian tangkapan, Mohamad Fuzi bagaimanapun enggan mendedahkan butiran tangkapan kerana siasatan polis sedang dijalankan.

Terdahulu, Mohamad Fuzi berkata, polis telah sudah memiliki petunjuk bagi memberkas suspek utama terbabit dengan pencemaran Sungai Kim Kim.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang memperhebat usaha mengesan dan memberkas suspek berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan perkara itu secara terperinci kerana masih dalam siasatan dan operasi pihak polis. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini