Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini sejajar dengan mata wang serantau berikutan ia menunggu perkembangan mengenai perjanjian perdagangan antara AS dan China.

Pada pukul 9 pagi, ringgit berada pada 4.0880/0930 berbanding dolar AS daripada 4.0890/0940 semasa ditutup pada Jumaat.

Peniaga berkata, ini selepas agensi berita China, Xinhua melaporkan pelabur akan memantau perkembangan mengenai perdagangan AS dan China susulan panggilan telefon antara Naib Perdana Menteri China, Liu He dengan Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin dan Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dikatakan kedua-dua pihak telah mencapai kemajuan dalam konteks perjanjian perdagangan,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya, kemajuan positif itu mungkin hanya sementara berikutan perkara boleh berubah pada bila-bila masa.

“Ini bukan kali pertama pasaran memberi tindak balas kepada berita mengenai konflik perdagangan AS-China dan berharap kepada hasil yang positif,” katanya.

Sementara itu, katanya, ringgit turut dipengaruhi oleh turun naik harga minyak, krisis minyak sawit dengan Kesatuan Eropah (EU) dan pergerakan yuan China.

“Peningkatan harga minyak mempunyai had dan kemungkinan besar ia tidak akan mengatasi penanda aras sebanyak AS$70 setong dalam masa terdekat.

“Isu minyak sawit dengan EU dikhuatiri turut memberi impak kepada perdagangan lain. Bagi meningkatkan ringgit, dasar tempatan yang kukuh perlu dilaksanakan untuk mendapatkan keyakinan pasaran,” katanya. Sehingga pukul 9 pagi, penanda aras minyak mentah Brent berada pada AS$67.05 berbanding AS$67.18 pada Jumaat lepas.

Di peringkat tempatan, pelabur turut menantikan data mengenai Indeks Harga Pengguna bagi Februari yang akan dikeluarkan pada 22 Mac.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan rendah.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.6647/6699 daripada 3.6623/6671, susut berbanding pound British kepada 5.4325/4396 daripada 5.4220/4307 pada Jumaat lepas.

Unit tempatan turut berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.0210/0249 daripada 3.0197/0245 manakala euro naik kepada 4.6280/6341 daripada 4.6287/6360 sebelum ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini