Gempa Lombok: Tiada pelajar Malaysia terlibat - Utusan Malaysia

Gempa Lombok: Tiada pelajar Malaysia terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengesahkan tiada pelajar Malaysia terlibat dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Indonesia semalam.

Twitter Maszlee
TANGKAP layar Twitter akaun Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengenai kejadian gempa bumi yang melanda Lombok, Indonesia. – UTUSAN ONLINE

Katanya, Education Malaysia Indonesia dan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah memaklumkan tiada pelajar Malaysia terlibat dalam insiden tersebut.

“Sedih menerima berita gempa bumi yang melanda Lombok, Nusa Tenggara Barat Tengah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Education Malaysia Indonesia dan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah memaklumkan tiada pelajar Malaysia yang terbabit,” katanya menerusi ciapan dalam akaun Twitter miliknya malam semalam.

Dalam kejadian gempa bumi berskala 5.8 pada skala Richter itu, dua rakyat Malaysia disahkan terkorban manakala enam lagi masih belum dapat dikesan.

Rakyat Malaysia yang terkorban adalah Datin Tai Siew Kim yang bertugas sebagai Timbalan Eksekutif Ketua Pe­ngarang di akhbar Sin Chew Daily manakala seorang lagi belum dikenal pasti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini