Hanya 29 mangsa pencemaran toksik dirawat di hospital, jumlahnya semakin berkurang - Utusan Malaysia

Hanya 29 mangsa pencemaran toksik dirawat di hospital, jumlahnya semakin berkurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 18 Mac – Jumlah mangsa pencemaran toksik Sungai Kim Kim di sini yang masih mendapatkan rawatan di hospital berjumlah seramai 29 pesakit.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, jumlah itu berkurang berbanding seramai 120 mangsa, semalam.

Katanya, empat daripada mangsa masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan kesemuanya berada dalam keadaan stabil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat pukul 12 tengah malam semalam, seramai 119 mangsa yang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini telah dibenarkan pulang.

“Sementara itu, kerja pembersihan berjalan lancar dengan keseluruhan jarak sepanjang 1.5 kilometer sungai yang tercemar sudah dibersihkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah Dr. Sahruddin, pihak berkuasa akan terus melakukan pemantauan kualiti udara di 42 buah sekolah dalam kawasan radius lima hingga sembilan kilometer dari lokasi bencana.

“Sementara itu, kajian dibuat Jabatan Veterinar mendapati tiada ternakan yang terjejas akibat insiden ini,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini