Rodriguez ledak hatrik, Bayern tebus kekecewaan - Utusan Malaysia

Rodriguez ledak hatrik, Bayern tebus kekecewaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 18 Mac – Bayern Munich menebus kekecewaan Liga Juara-Juara ke atas Mainz apabila James Rodriguez meledak hatrik pertamanya untuk membantu juara Bundesliga itu melakar kemenangan 6-0 sekali gus kembali merampas kedudukan teratas liga.

Selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara ekoran kalah 1-3 kepada Liverpool di pusingan kalah mati dan Mainz terpaksa menanggung amukan Bayern di Arena Allianz.

“Kami menunjukkan kami telah melupakan kekecewaan yang dihadapi selepas tewas di tangan Liverpool dan penting untuk kami memberi reaksi,” kata jurulatih Bayern, Niko Kovac.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rodriguez menyertai Bayern secara pinjaman hingga hujung musim ini dari Real Madrid menerima penhormatan daripada penyokong ketika dia dikeluarkan untuk digantikan dengan Rafinha.

“Saya gembira untuk dia dan sememangnya dia layak menerima tepukan gemuruh,” kata Kovac yang enggan mengulas lanjut sama ada pinjaman Rodriguez akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Pemain muda Kanda, Alphonso Davies, 18, turut berjaya membuka akaun golnya bersama Bayern selepas lima perlawanan bersama pasukan.

Kemenangan tersebut membolehkan Bayern merampas kedudukan teratas Bundesliga dari Borussia Dortmund yang sebelum ini menewaskan Hertha Berlin 3-2 pada Sabtu lalu dengan baki perlawanan lapan sahaja lagi.

“Selepas apa yang berlaku pada Rabu lalu, kami membuat banyak perancangan dan fokus kami kini terarah kepada siangan liga,” kata penyerang Bayern, Thomas Mueller. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini