Perancis terpaksa gugurkan Martial - Utusan Malaysia

Perancis terpaksa gugurkan Martial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 18 Mac – Penyerang Manchester United, Anthony Martial terlepas dalam aksi kelayakan Euro 2020 menentang Moldova dan Iceland bersama skuad kebangsaan Perancis selepas mengalami kecederaan lutut, kata Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF).

Martial tidak dipilih menyarung jersi Perancis ketika skuad Les Blues itu menjuarai Piala Dunia di Rusia pada tahun lalu selepas digantikan dengan Thomas Lemar dari Atletico Madrid.

Martial mengalami kecederaan tersebut ketika United tewas 0-2 kepada Wolves dalam aksi suku akhir Piala FA, Sabtu lalu..

Memuatkan artikel berkaitan…

Kali terakhir dia beraksi bersama Perancis ketika menentang Rusia dalam aksi persahabatan pada Mac 2018 dan telah menjaringkan sembilan gol daripada 21 aksi liga bersama Red Devils pada musim ini.

Bagaimanapun, nasib sebaliknya menimpa Lemar yang berdepan kesukaran sejak tiba di Madrid apabila dia hanya menjaringkan satu gol dalam aksi La Liga bermula Julai lalu.

Perancis akan menentang Moldova pada Jumaat ini sebelum menerima kunjungan Iceland pada 25 Mac di mana mereka turut diletakkan dalam kumpulan bersama Turki, Albania dan Andorra. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini