TEGUCIGALPA 18 Mac – Seorang wartawan pengkritik kerajaan Honduras ditembak mati dalam satu kejadian di selatan negara ini, semalam.
Polis Bandar Nacaome, 100 kilometer selatan ibu negara ini berkata, Leonardo Gabriel Hernandez, 54, ditembak dan cedera sebelum mati akibat kecederaannya di sebuah klinik.
Menurut saksi, Hernandez, wartawan Valle TV merupakan pengarah dan penyampai program ‘El Pueblo Habla’ (Suara Rakyat) sedang berjalan kaki sebelum dia ditembak seorang lelaki. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











