SEVILLE 18 Mac – Barcelona terpaksa mengorbankan Luis Suarez ketika melakar kemenangan 4-1 ke atas Real Betis apabila bekas penyerang Liverpool itu mengalami kecederaan di belakang badan hingga buku lali kanan.
Jurulatih Barca, Ernesto Valverde mengesahkan perkara tersebut apabila terpaksa mengeluarkan Suarez pada minit ke-89 dan memasukkan Philippe Coutinho yang menyaksikan penyerang Uruguay itu meledak satu gol serta mencipta gerakan untuk gol kedua membolehkan Lionel Messi meledak hatrik.
“Dia sakit belakang badan. Kami akan tunggu apa keputusan doktor namun buat masa sekarang kami fikir ia tidak begitu serius,” kata Valverde.
Valverde berharap Suarez dapat pulih tepat pada masanya menjelang pertemuan Barca menentang Atletico Madrid pada 6 April ini dan tidak sampai empat minggu mereka akan menghadapi Manchester United dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara. – AFP











