Bekas wartawan Utusan Malaysia meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas wartawan Utusan Malaysia meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Bekas wartawan Utusan Malaysia, Datuk Alang Ahmad meninggal dunia pada usia 80 tahun di Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pukul 7.50 malam tadi.

Anaknya, Annies Suraya berkata, Allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan UIAM pada 27 Februari lalu kerana masalah batu karang di saluran hempedu yang menyebabkan banyak komplikasi.

“Ayah meninggalkan balu iaitu ibu saya, Normah Che Muhamad, 70, dan enam orang anak,” kata beliau semasa ditemui di rumah Allahyarham di Kampung Teluk Mahang, Batu 5 di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Allahyarham berkhidmat selama 31 tahun dalam bidang kewartawanan sebelum berpencen pada 1994 dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia.

Semasa perkhidmatannya sebagai wartawan, Alang pernah melaporkan kemunculan semula pahlawan Mat Kilau yang ditemui di daerah ini seperti diterbitkan Utusan Malaysia pada 31 Disember 1969, sekali gus menggemparkan negara.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung SC di sini pukul 10.30 pagi esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini