Pengundian awal selatan Thai berjalan lancar - Utusan Malaysia

Pengundian awal selatan Thai berjalan lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI 17 Mac – Proses pengundian awal di selatan Thailand hari ini berjalan lancar apabila lebih 40,000 pengundi awal di tiga wilayah bergolak itu keluar mengundi.

Pusat mengundi yang dibuka pada pukul 8 pagi hingga 5 petang di semua pusat pengundian di tiga wilayah iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat dikawal ketat pihak keselamatan untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Di Pattani, seramai 14,337 pengundi awal yang berdaftar manakala Narathiwat (13,290 pengundi) dan Yala (13,440 pengundi) yang kebanyakan daripada mereka adalah anggota pasukan keselamatan yang bertugas di wilayah berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tinjauan Bernama mendapati orang ramai membanjiri pusat-pusat mengundi awal namun proses pengundian berjalan lancar.

Minggu lalu, sekurang-kurang 10 letupan bom menggegarkan Phatthalung dan Satun di selatan Thailand namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan selain kerosakan pada bangunan dan kenderaan di tempat kejadian.

Pilihan raya Thailand pada 24 Mac ini merupakan pilihan raya pertama diadakan selepas rampasan kuasa tentera 2014. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini