Dua remaja mati lemas di air terjun - Utusan Malaysia

Dua remaja mati lemas di air terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT 17 Mac – Dua remaja lelaki ditemukan mati lemas ketika mandi di kawasan Air Terjun Bukit Raja, Kampung Perak dekat Batu Kurau, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, mangsa dikatakan telah pergi ke kawasan tersebut dalam sekumpulan empat orang rakan yang kesemuanya berusia lingkungan 20-an.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 1.45 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dipercayai salah seorang antara mereka hampir lemas dan cuba dibantu oleh salah seorang kawan namun kedua-dua mereka telah lemas.

“Dengan bantuan orang kampung, kedua-dua mayat itu telah ditemukan di dalam sungai berkenaan yang mempunyai kedalaman kira-kira 3.7 meter,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini