QUETTA 17 Mac- Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala tujuh lagi cedera selepas sebuah bom meletup atas landasan kereta api di barat daya Pakistan.
Insiden berlaku di wilayah bergolak Balochistan, 311 kilometer dari Quetta.
Wakil polis, Irfan Bashir memberitahu kereta api tersebut sedang dalam perjalanan dari Quetta menuju Rawalpindi.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Insiden turut mengakibatkan tiga gerabak (kereta api) tersasar daripada landasan. Kerja-kerja menyelamat sedang digerakkan,” katanya.-AFP











