SK Taman Samudera anjur larian kumpul dana dewan sekolah - Utusan Malaysia

SK Taman Samudera anjur larian kumpul dana dewan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mac – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Samudra dekat sini menganjurkan ‘Fun Run 2019’ bagi mengutip dana pembangunan dewan terbuka sekolah berkenaan.

Yang Dipertua PIBG SK Taman Samudra, Farizah Mohd Ramli berkata, program tersebut akan berlansung pada Ahad ini bermula pukul 7.30 pagi di Padang Awam Surau al-Ikhwan Taman Samudra, Batu Caves.

“Kami mengalu-alukan penyertaan semua pihak dan menyasarkan sebanyak 500 peserta memandangkan tarikh yang dipilih adalah semasa cuti sekolah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Diharapkan usaha ini dapat membantu pihak sekolah untuk mengumpul dana yang diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh menghubungi penganjur di talian 018 2728175 (Zuhariati Baharun) atau 019 2721446 (Mohamad Hidir Wahab). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini