Lima PATI ditahan Maritim Malaysia - Utusan Malaysia

Lima PATI ditahan Maritim Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mac – Sebanyak lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam rondaan Op Pluto Timur dan Op Maharlika II di perairan Tawau, Sabah semalam.


Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd. Yusri Hussin berkata, kesemua suspek ditahan menaiki sebuah bot penumpang tempatan yang disyaki mencurigakan pada pukul 1.30 petang.


“Bot itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke Tawau dari Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik ditahan dan didapati terdapat seorang juragan lelaki tempatan berumur 18 tahun.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan mendapati lelaki tempatan itu memiliki dokumen pengenalan diri yang sah manakala kesemua PATI terdiri daripada seorang lelaki, seorang remaja lelaki, dua remaja perempuan dan kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh hingga 38 tahun tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mohd. Yusri memberitahu, semua PATI itu ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan perjalanan yang sah.


“Kesemua penumpang yang diperiksa gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan mereka ditangkap seterusnya dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut,” ujarnya.


Tambah Mohd. Yusri, orang ramai diharapkan dapat memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat yang lengkap kepada Maritim Malaysia jika terdapat sebarang aduan, kecemasan dan aktiviti jenayah di laut di talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini