KUALA LUMPUR 17 Mac- Majlis Perbandaran Selayang (MPS) diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Pencapaian 30 peratus Wanita Pembuat Keputusan sempena Majlis Apresiasi Kepimpinan Wanita negeri Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dekat sini pada Jumaat lalu.
MPS dalam satu kenyataan memberitahu, anugerah tersebut diterima berdasarkan nisbah gender wanita sebagai Ahli Majlis dan pengurusan dalam membuat keputusan di pihak berkuasa tempatan(PBT) itu.
“Ini merupakan salah satu percapaian yang membanggakan bagi MPS,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Majlis yang dirasmikan oleh isteri Menteri Besar Selangor, Masdiana Muhamad itu turut dihadiri Yang Dipertua (YDP) MPS, Suliman Abd. Rahman. – UTUSAN ONLINE











