Jangan buat andaian Sultan Johor tidak kisah pencemaran toksik - Utusan Malaysia

Jangan buat andaian Sultan Johor tidak kisah pencemaran toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Mac – Sultan Johor bertitah menegaskan bahawa Baginda sentiasa mengikuti perkembangan insiden pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang dari semasa ke semasa.

Titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada masa sama juga sering mendapatkan laporan termasuk perkembangan terkini kerja-kerja pembersihan sisa toksik yang sedang giat dijalankan pihak berkuasa di Sungai Kim Kim.

Selain itu titah baginda, laporan berkenaan turut merangkumi jumlah semasa mangsa-mangsa yang sedang mendapatkan rawatan di hospital akibat pencemaran sisa toksik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mengambil serius kejadian pencemaran sisa kimia yang berlaku di Pasir Gudang dan sentiasa mengikuti segala perkembangan berkaitan insiden itu.

“Malah pada hari ini juga, saya mendapatkan laporan terkini daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor,” titah Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO) sebentar tadi.

Sultan Johor bertitah supaya jangan ada pihak yang sengaja membuat andaian sewenang-wenangnya bahawa baginda tidak mengambil berat insiden itu.

“Saya bersama-sama Permaisuri Johor (Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah), malah Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) turut melawat mangsa-mangsa di hospital.

“Pada masa sama, kami juga sering mengambil berat khususnya mengenai keperluan pasukan penyelamat supaya kerja-kerja pembersihan sisa kimia dapat dijalankan secara sempurna,” titah Sultan Johor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini