KUALA LUMPUR 17 Mac – Ahli Sunnah Wal Jamaah Research Group (ARG) dan Pertubuhan Kebajikan Ruqaiyah Batu Pahat, Johor mengambil inisiatif menganjurkan kelas pengajian kitab secara percuma untuk warga Batu Pahat, Johor bagi meningkatkan pengetahuan penduduk derah berkenaan.
ARG dalam satu kenyataan berkata, kelas bertajuk ‘Perjalanan Menuju Akhirat’ itu merupakan satu usaha bagi menjalankan kegiatan dakwah yang diadakan di setiap masjid dalam daerah tersebut.
“Selain menganjurkan kelas, kami turut mengadakan aktiviti lain termasuk majlis bacaan doa khusus buat penduduk Pasir Gudang dan mangsa terlibat dalam kejadian pencemaran sungai itu.
“Kepada sesiapa yang berminat mengikuti perkembangan aktiviti ARG dan Pertubuhan Kebajikan Ruqaiyah, sila hubung Hajar Abdul Rahman di talian 0192503447,” katanya hari ini. – UTUSAN ONLINE











