‘Saya puas hati’ - Utusan Malaysia

‘Saya puas hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mac – Pengendali skuad bawah 18 tahun (B-18) negara, Bojan Hodak mengakui dia berpuas hati dengan keseluruhan prestasi yang ditonjolkan anak-anak buahnya dalam saingan Piala Sanix 2019 di Fukuoka, Jepun.

Ujarnya, pengalaman bermain dalam kejohanan tahunan yang di anjurkan di Global Arena, Fukuoka akan lebih mematangkan anak-anak buahnya menjelang aksi AFC B-19 pada November ini.

“Kejohanan kali ini merrupakan pengalaman yang terbaik buat pemain untuk meningkatkan prestasi mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika mereka tidak memperoleh peluang dan pengalaman seperti ini, mereka tidak akan meningkat dan menjadi lebih baik.

“Secara keseluruhannya saya gembira dan berpuas hati dengan prestasi pemain. Mereka mempunyai kualiti yang baik sebab itu mereka ke sini.

“Kami ke sini adalah untuk membentuk pemain bagi menyertai skuad senior pada masa akan datang.

“Kami bermain dengan pasukan yang lebih baik dari pasukan kami, kelajuan, kawalan bola yang baik walaupun kami mempunyai beberapa pemain secara fizikalnya agak sama dengan mereka, tetapi mereka sukar untung di halang,” ujarnya.

Sebagai rekod, Malaysia menamatkan saingan Piala Sanix di tangga ke-12, sedikit peningkatan berbanding tempat ke-13 edisi lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini