Luqman mahu bermain di kelab luar - Utusan Malaysia

Luqman mahu bermain di kelab luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mac – Luqman Hakim Shamsudin melahirkan rasa gembira dengan pemilihannya sebagai Kesebelasan Terbaik Piala Sanix 2019, sekali gus menyifatkannya sebagai motivasi untuk dia berusaha lebih gigih.

Dalam masa sama, Luqman turut mendedahkan bahawa dia juga sedia berhijrah ke kelab luar sekiranya mendapat tawaran dari mana-mana kelab yang berminat.

“Alhamdulilllah, saya bersyukur dengan kejayaan ini. Kami telah berusaha sehabis baik untuk pertandingan. Pengalaman bermain di sini sangat berharga kerana kami berlawan dengan kelab terbaik di Jepun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menjadi pemain bola yang terbaik. Sebelum ini saya juga telah terima anugerah Penjaring Terbanyak AFC B-16 dan ini kali kedua pencapian terbaik dalam karier saya.

“Saya akan terus fokus dengan karier saya jika ada pasukan luar berminat mendapatkan khidmat saya.

“Saya akan terima dan cuba terbaik kerana adalah menjadi cita-cita saya untuk bermain di luar negara bagi meningkatkan lagi prestasi dan perbaiki diri saya sendiri,” ujarnya.

Sebagai rekod, Malaysia menamatkan saingan Piala Sanix di tangga ke-12, sedikit peningkatan berbanding tempat ke-13 edisi lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini