TEMERLOH 16 Mac – Sebanyak 16 buah gerai makan di Bukit Angin di sini terlibat dalam kejadian kebakaran pagi ini.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah, Hashnuddin Hussin berkata, kejadian pada pukul 6 pagi itu menyebabkan kesemua 16 kedai makan mengalami kerosakan kira-kira 60 peratus.
“Pasukan bomba dan penyelamat berjaya mengawal api dalam tempoh 30 minit.
Berita berkaitan:
“Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu dan siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian serta kerugian,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











