LGBT: Mujahid jawab Marina - Utusan Malaysia

LGBT: Mujahid jawab Marina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan beliau tidak pernah cuba untuk mengalih isu tuntutan wanita dengan mengecam golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang terlibat dengan perhimpunan Women’s March baru-baru ini.

Mujahid Yusof

Beliau membalas kritikan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir yang mendakwa tindakan Mujahid cuba mengalihkan perhatian daripada menangani tuntutan wanita dengan menumpukan pada hanya satu tuntutan sebagai ‘memalukan’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menyokong jika perhimpunan wanita itu digunakan sebagai platform untuk menyuarakan isu wanita seperti penindasan golongan itu, hak gaji minimum wanita dan sebagainya tetapi bukan perjuangkan LGBT yang jelas bercanggah dengan norma manusia dan agama.

“Perhimpunan ini telah di ‘hijack’ oleh golongan ini walhal sepatutnya ia boleh jadi platform baik untuk suarakan isu-isu wanita,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan Seminar Hari Wanita Antarabangsa di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini