Dua ditahan 'tidak terlibat secara langsung serangan' - Utusan Malaysia

Dua ditahan ‘tidak terlibat secara langsung serangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 17 Mac – Dua individu yang ditahan ketika serangan di dua buah masjid di Christchurch kelmarin ‘tidak terlibat secara langsung dalam tindakan keganasan oleh pengganas berkulit putih, Brenton Tarrant, 28’.

Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush berkata, kedua-dua mereka ditahan ketika operasi polis dan membawa senjata api, dalam serangan yang mengorbankan 50 orang.

Menurutnya, salah seorang daripada mereka iaitu wanita, telah dibebaskan, manakala seorang lagi masih ditahan untuk membantu siasatan mengenai dakwaan membawa senjata api.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa ini, hanya seorang yang dituduh (di mahkamah) berhubung serangan itu,” jelasnya merujuk kepada Tarrant.

Terdahulu beliau berkata, seramai 36 orang mangsa serangan masih dirawat di hospital. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini