Higa ungguli Kejohanan Golf PGM Johor ADT - Utusan Malaysia

Higa ungguli Kejohanan Golf PGM Johor ADT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Pemain Jepun, Kazuki Higa terpaksa menunggu hampir setahun sebelum bergelar juara apabila memenangi Kejohanan Golf PGM Johor ADT dengan kelebihan enam pukulan di Palm Resort Golf Country Club di Senai, Johor, hari ini.

Pemain berusia 23 tahun itu mencipta kemenangan kedua dalam siri Jelajah Pembangunan Asia (ADT) dengan catatan tujuh bawah par 65 sewaktu pusingan akhir sekali gus membolehkan dia mengumpul jumlah keseluruhan 22 bawah par 266.

Rakan senegara Higa, Naoki Sekito dan pendahulu semalam, Shintaro Kobayashi sekadar berkongsi tempat kedua dengan jumlah keseluruhan 272 pukulan manakala wakil negara, Ben Leong berkongsi tempat keempat dengan 275 pukulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejayaan Higa itu menyaksikan beliau membawa pulang hadiah wang tunai US$9,627 (RM39,354) manakala Sekito dan Kobayashi, masing-masing menerima hadiah wang tunai US$5,088 (RM20,799) sementara Ben Leong pula menerima US$2,134 (RM8,723). – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini