Filipina percaya Dawla Islamiya lumpuh - Utusan Malaysia

Filipina percaya Dawla Islamiya lumpuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 16 Mac – Tentera Filipina percaya mereka berjaya melumpuhkan saki baki kumpulan militan pro-Daesh di selatan negara ini selepas menembak mati empat orang pengganas dalam satu operasi tentera, kelmarin.

ABU DAR

Ujian forensik sedang dibuat bagi mengesahkan identiti seorang suspek yang dipercayai adalah Abu Dar yang dipercayai ketua kumpulan Dawla Islamiya di Mindanao.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut terbunuh adalah empat anggota tentera Filipina semasa pertempuran di wilayah Lanao del Sur itu.

Lapor ABS-CBN News, Komander tentera wilayah, Kolonel Romeo Brawner berkata, dengan kematian pemimpin de facto militan itu, kumpulan Dawla Islamiya lumpuh.

Dawla Islamiya menawan selatan bandar Marawi selama lima bulan pada 2017 sebelum beberapa pemimpin mereka terbunuh dalam serangan tentera Filipina.

Antara yang terbunuh adalah Isnilon Hapilon yang dikenali sebagai ‘Emir’.

Abu Dar kemudian menggantikan Isnilon Hapilon yang terbunuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini