PKR serah pada Parlimen tentukan kedudukan Pengerusi PAC - Utusan Malaysia

PKR serah pada Parlimen tentukan kedudukan Pengerusi PAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada Parlimen bagi menentukan kedudukan ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana pelantikan bagi jawatan itu tertakluk di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Parlimen. 

“Saya pulangkan kepada Parlimen sebab pelantikan PAC itu di bawah bidang kuasa Parlimen. Pendirian PKR, setakat atau pada saat Ronald dilantik Pakatan Harapan (PH) telah memenuhi janji itu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, setakat ini belum ada perbincangan lanjut dibuat mengenainya di peringkat parti kerana tumpuan kita kini terarah kepada Pilihan Raya Kecil (PKR) Rantau,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKR Perak di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan Ronald kekal selaku Pengerusi PAC biarpun beliau telah keluar dari UMNO Sabah dan menyertai Parti Pribumi Bersatu (Bersatu). – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini