JOHOR BAHRU 16 Mac – Lawatan kerja Menteri Besar, Datuk Osman Sapian ke Batam, Indonesia semasa isu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang masih berlarutan ketika ini mengundang rasa tidak puas hati dan kemarahan warganet.
Mereka mempertikaikan kewajaran Osman keluar negara dalam keadaan masalah pencemaran itu masih belum selesai dan memerlukan perhatiannya kerana bilangan mangsa terus bertambah.
Menerusi entri dalam Facebook rasmi Menteri Besar yang menggunakan nama Ashiq Nur, dia berkata: “Mmg ler resah sbb ada MB cmni..mb g batam sibuk promosi melawat johor.
“Mb ingt org nk datang johor ke kalau kes ni x selesai lg. Selesaikan dulu bencana di johor lepas itu ok baru promosi. Kes ni bukannya senang mcmana senangnya mb buat sijil palsu. Aamik mudah je. Bile tegur, sikit2 nak saman. Tisu sangat.”
Syahril Abd Rahman pula menulis:”Man…..man…..Mari la duduk sekali dgn kami di sini [pasir gudang] tgk resah/tidak kalau ambulance lalu lalang tanpa henti….”
Warganet lain, Tesha Firdhaus turut mempertikaikan kewajaran tindakan Osman: “salam MB , kalau awk xde keresahan dtg la hirup udara sana tgk mcm mana.”
Suhaimi Jt:”Habis ko tak kasi maklumat yg tepat ….ko pada hari kejadian pun tak nmpk bayang….skrg ni ko nk menganjing plk (sindrom keresahan)…mmg sepenggal la ko jd mb.” – UTUSAN ONLINE











