Penduduk bantah projek sumber air di tasik Baikal - Utusan Malaysia

Penduduk bantah projek sumber air di tasik Baikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 16 Mac- Penduduk wilayah Irkutsk, Rusia membantah sekeras-kerasnya sebuah projek simpanan air di tasik Baikal yang dibiayai sepenuhnya oleh China.

Satu petisyen dibentuk untuk menghalang pembinaan infrastruktur bagi projek berkenaan yang kini sedang giat dibangunkan terutamanya di bahagian paling hujung arah selatan tasik tersebut.

Sehingga kini, petisyen tersebut telah ditandatangani oleh hampir satu juta penyokong.

Memuatkan artikel berkaitan…

Petisyen itu antara lain turut memberi amaran terhadap kemusnahan alam yang bakal berlaku serta sekatan-sekatan yang dijangka dilaksanakan syarikat pengendalinya untuk menghalang orang awam daripada masuk ke tapak warisan dunia agensi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini