Serangan Christchurch: Timbalan KSU Wisma Putra ke New Zealand - Utusan Malaysia

Serangan Christchurch: Timbalan KSU Wisma Putra ke New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala Kementerian Luar, Datuk Nadzirah Osman akan ke New Zealand petang ini bagi memberikan sokongan dan bantuan kepada  keluarga dan mangsa kejadian tembakan di Christchurch semalam, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.    

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, dua pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington kini berada di Christchurch.

“Setakat pukul 3 petang ini tiga rakyat Malaysia cedera dalam kejadian tembak yang menyasarkan dua masjid di Christchurch semalam dan kesemua mereka sedang dirawat di hospital.  Seorang lagi warga Malaysia masih hilang dan usaha untuk mencarinya sedang berjalan,” kata Saifuddin lagi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Saifuddin berkata, beliau juga telah berhubung dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar New Zealand, Winston Peters untuk menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat New Zealand termasuk keluarga dan rakan mangsa.  

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan New Zealand kerana bertindak pantas untuk mengembalikan keamanan di kawasan terjejas dan memudah cara rawatan perubatan kepada mangsa,” kata beliau. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini