Pencemaran toksik:Henti tular cerita tidak benar - Utusan Malaysia

Pencemaran toksik:Henti tular cerita tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 16 Mac – Satu laporan polis dibuat Pegawai Khas Menteri Besar Johor dan Pakatan Harapan (PH) Pasir Gudang susulan penyebaran beritu palsu berhubung isu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini.

Pegawai Khas Menteri Besar, Syed Othman Abdullah berkata, berita palsu tersebut tular dalam media sosial sejak kelmarin sekali gus mengundang panik kepada penduduk setempat.

“Susulan itu, saya membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam pukul 6 petang semalam.Kami menggesa polis dan pihak berkuasa yang lain mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan berita palsu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mesej yang tular itu mengatakan seorang penduduk sudah meninggalkan dunia akibat pencemaran berkenaan. Mesej itu tidak benar, malah setakat ini tiada kematian berlaku akibat pencemaran berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini sebentar tadi.

Selain itu katanya, mesej yang tersebar itu turut memberitahu bahawa kawasan di Kota Masai sudah tidak selamat didiami.

“Saya berharap supaya orang ramai berhati-hati dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat bagi mengelakkan keadaan lebih panik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini