Pembangkang di Perak akan kekal dengan posisi tersebut - Utusan Malaysia

Pembangkang di Perak akan kekal dengan posisi tersebut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM – Pakatan Harapan (PH) akan terus berada di posisi sama iaitu sebagai kerajaan negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan bulan depan dan begitu juga pembangkang kekal di blok mereka.

Menteri Besar, Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, dakwaan mengenai menteri besar akan bertukar hanyalah cubaan sesetengah pihak yang mahu melihat ketidakstabilan politik di negeri ini.

“Kerajaan berjalan dengan baik, hubungan dengan parti komponen dalam PH amat kukuh dan kita mendapati Pas serta UMNO bergabung itu mereka punya pasal tetapi PH tidak terjejas tidak berlaku apa-apa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kenapa Perak menjadi sasaran? Sasaran di semua tempat tapi di sini kita melayan, kalau tak layan tidak akan jadi apa-apa sampai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kena ulas jadi hentikan,” katanya.

Ahmad Faizal bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwitahunan Ikatan Mandailing Malaysia-Indonesia (IMAMI) 2019/2021 di Dewan Seri Tanjung di sini, hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini