BAGHOUZ 16 Mac – Kumpulan pengganas Daesh melancarkan tiga serangan bunuh diri di luar kubu terakhir mereka di timur negara ini semalam, menyebabkan enam penduduk tempatan terkorban.
“Pengebom bunuh diri bersembunyi di sebalik penduduk tempatan yang melarikan diri dan meletupkan dirinya sendiri,” kata jurucakap Tentera Demokratik Syria (SDF), Jiaker Amed.
Tambahnya, dua lagi penyerang meletupkan diri sendiri berdekatan kedudukan SDF namun hanya mengakibatkan kecederaan kecil dalam kalangan anggota SDF. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











