‘Misteri’ tulisan putih pada senjata suspek - Utusan Malaysia

‘Misteri’ tulisan putih pada senjata suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 15 Mac – Pembunuh kejam yang melakukan serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch menulis inspirasi ‘nama-nama pejuang’ pada senapangnya.

 

Portal Daily Mail melaporkan, antara inspirasi itu adalah nama-nama tokoh sejarah yang berperang dengan empayar Uthmaniyah.

Nama-nama yang ditulis dengan warna putih pada senjata yang digunakan pelampau kulit putih rakyat Australia itu, Brenton Tarrant, 28, boleh dilihat ketika dia membuat serangan secara ‘live-stream’.

Pemeriksaan nama tersebut mendedahkan kepada obse­sinya dengan tokoh-tokoh sejarah yang bertempur melawan empayar Uthmaniyah.

1. Dmitry Senyavin – Laksamana Rusia yang berperang melawan Turki termasuk Pe­rang Russo-Turki (1787-1792) dan Perang Rusia-Turki (1806-12).

2. Serban Cantacuzino – Bekas Putera Romania yang menyerang Constantinople dan mengge­rakkan Uthmaniyah keluar dari Eropah.

3. Marko Miljanov – Jene­ral Montenegrin yang berjuang dalam beberapa kempen melawan Uthmaniyah.

4. Stefan Lazarević – Putera Serbia yang bersahabat de­ngan Uthmaniyah sebelum membebaskan negaranya da­ripada empayar tersebut dan menjadi negara merdeka.

5. Edward Codrington – Laksamana British yang bertempur dalam Perang Napoleon. Dia juga berperang mela­wan orang Turki dan Mesir semasa Perang Kemerdekaan Yunani.

6. Marco Antonio Bragadin – Pegawai Republik Venice yang mengetuai perang apabila Turki menyerang Cyprus.

7. Ernst Rüdiger Starhemberg – Ahli politik nasionalis Austria dan pemimpin pertubuhan Frontland Front.

Antara inspirasi yang dica­tatnya adalah:

1. For Rotherham – Meru­juk kepada skandal penderaan seksual kanak-kanak Rotherham.

2. Alexandre Bissonnette – Penjenayah yang melakukan serangan bersenjata di Masjid Quebec pada Januari 2017.

3. Luca Traini – Ekstremis Itali yang menembak enam pendatang Afrika di Macerata pada Februari 2017. Dia ditangkap ketika membuat tanda hormat Hitler dengan bendera Itali di bahunya.

4. Pertempuran Nauplia 1770 – Pertempuran kecil semasa Perang Rusia-Turki (1768-1774) antara armada kecil Rusia dan penyokong Uthmaniyah yang lebih besar.

5. Bajo Pivljanin – Dilahirkan di bawah pemerintahan Uthmaniyah dan melawan bekas raja-raja dan akhirnya terbunuh dalam peperangan.

6. Pertempuran Belgranica, 1913 – Pertempuran Perang Balkan Kedua ketika Bulgaria menyerang bekas sekutu Serbia dan Yunani. Uthmaniyah mengeksploitasi keadaan untuk merampas kembali wilayah lama dari Bulgaria.

7. Putera Fruzhin – Seorang bangsawan Bulgaria yang berperang melawan penaklukan Uthmaniyah.

8. Sebastiano Venier – Ke­tua Republik Venice yang bertempur melawan Turki semasa Perang Uthmaniyah-Venice Keempat (1570-1573).

9. Kapal Shipka – Sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam Perang Rusia-Uthmaniyah (1877-1878).

10. Novak Vujosevic – Bertempur dalam perang Fundina untuk Pemerintahan Montenegro melawan Turki Uthmaniyah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×