Semenanjung Gaza ‘dihujani’ bom rejim Zionis - Utusan Malaysia

Semenanjung Gaza ‘dihujani’ bom rejim Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS 15 Mac – Israel semalam menyerang kira-kira 100 kedudukan perge­rakan Hamas di Genting Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan roket yang dilancarkan kumpulan pejuang Palestin di Gaza ke atas wilayah Israel termasuk Tel Aviv.

Peningkatan ketegangan itu berlaku ketika waktu sensitif menjelang pilihan raya umum Israel, 9 April ini dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dipercayai mahu mengelak perang keempat di Genting Gaza sejak 2008.

Sebanyak dua penduduk Pa­lestin dilaporkan cedera di Gaza ketika tiada penduduk Israel ce­dera dalam insiden berbalas serangan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bunyi letupan dapat didengar sepanjang malam di Gaza dengan serangan melibatkan kawasan sejauh 40 kilometer.

Tentera rejim Zionis dalam satu kenyataan berkata, pihak­nya turut menyasarkan kompleks pejabat yang dipercayai digunakan oleh Hamas untuk menyela­raskan pergerakkan kumpulan terbabit di Tebing Barat.

“Jet pejuang dan helikopter tempur Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyerang kira-kira 100 sasaran pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza.

“Turut diserang adalah lokasi utama pembuatan roket bawah tanah di wilayah itu,” kata kenya­taan itu, hari ini.

Sumber keselamatan di Gaza memberithau, puluhan serangan tersebut menyasarkan pangkalan Hamas dan sekutunya, Jihad Islam di Gaza.

Menurut sumber itu, lebih 40 lokasi disasarkan dengan kira-kira 100 serangan dilancarkan tentera Israel. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini