Musim terbaik Mane - Utusan Malaysia

Musim terbaik Mane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum yakin Sadio Mane layak menjadi salah seorang pemain elit Liga Perdana England (EPL) berdasarkan kelincahannya di bahagian serangan The Reds.

Pemain skuad antarabangsa ­Senegal tersebut telah menjaringkan 19 gol musim ini selepas menyumbangkan dua jaringan ketika kemenangan 3-1 ke atas Bayern Munich bagi aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Khamis lalu.

Berdasarkan prestasi tersebut, Mane hanya kekurangan satu gol di belakang Mohamed Salah sementara di pentas EPL dia telah mengumpul 16 gol selepas mengharungi 29 perlawanan iaitu kurang dua jaringan berbanding Sergio Aguero yang sedang mendahului carta senarai penjaring terbanyak EPL.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mane menunjukkan persembahan yang sangat memukau dan kali ini merupakan musim yang baik untuknya bersama pasukan.

“Media tidak pernah tonjolkan Mane sebelum ini sedangkan dia layak mendapat perhatian seperti pemain hebat yang lain.

“Dia mampu memimpin pasukan mencipta kemenangan tetapi Salah juga tetap berada pada kelasnya tersendiri biarpun tidak menyum­bangkan sebarang gol ketika berdepan Bayern.

“Pada saya, kita perlu bercakap tentang semua pemain meman­dangkan Mane juga berhak berada bersama pemain yang hebat di EPL,” kata Wijnaldum. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini